IKLAN BANNER RM30 SEBULAN

Sila email ke dirzoom(at)yahoo.com

Thursday, January 31, 2013

Biaqpila™: TUDIAAA... 600 ORANG KONGSI KAD PENGENALAN

Biaqpila™
thumbnail TUDIAAA... 600 ORANG KONGSI KAD PENGENALAN
Jan 31st 2013, 13:23


RCI: 600 orang kongsi nombor IC yang sama

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini berkata terdapat kira-kira 600 Kad pengenalan biru yang bermasalah yang dikongsi oleh lebih daripada seorang.

"Ya, mereka ada dalam rekod kami, kira-kira 600 orang," kata Pengarah Bahagian Kad pengenalan ibupejabat JPN, Md Solehan Omar kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah.

Solehan berkata demikian apabila ditanya oleh pegawai pengendali siasatan RCI, Manoj Kurup, sama ada benar dakwaan bahawa lebih daripada seorang menggunakan nombor Kad pengenalan yang sama.

Bagaimanapun, Solehan tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu, begitu juga dengan pegawai pengendali tersebut, atau pun peguam pemerhatimengenai isu tersebut.


MK

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Addin: "Mengapa Polis Tembak Mati Isteri Saya"

Addin
thumbnail "Mengapa Polis Tembak Mati Isteri Saya"
Jan 31st 2013, 11:17

KLANG 31 JAN : Seorang pemandu lori mahu Polis Diraja Malaysia berterus terang dan menyiasat bagaimana isterinya, Pua Bee Chun, 22, mati dipercayai ditembak anggota mereka.

Bee Chun dipercayai mati ditembak ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, Klang pada 18 Januari.

Menurut Foo Voon Kong, 27, isterinya dipercayai mati selepas ditembak dari belakang badannya. Kereta tersebut dipercayai ditembak sebanyak 24 kali. VOON Kong mendakwa segala usaha untuk mendapat penjelasan daripada polis tentang bagaimana dan kenapa isterinya mati menemui jalan buntu.

Di dalam satu sidang media di sini hari ini, Voon Kong berkatakali terakhir beliau berjumpa dengan isterinya pada 5 petang pada hari kejadian sebelum isterinya keluar rumah.

Katanya, beliau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) menyuruh Bee Chun pulang untuk makan malam dan keluar ke pasar malam bersama kedua anak mereka.

"Bagaimanapun, beliau (isteri) kata tidak dapat pulang, apabila saya menghantar sms kali kedua bertanya dia dimana, isteri saya tidak membalas sms itu.

"Kira-kira jam 8.30 malam, saya menerima panggilan telefon dari rakan saya memberitahu beliau ternampak mayat isteri saya.

"Apabila saya sampai ditempat kejadian, saya lihat ramai orang awam dan polis, mayat isteri saya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

"Doktor memaklumkan, isteri saya ditembak melalui belakang badannya," katanya di dalam sidang akbar di pejabat khidmat MP Klang.

Beliau mendakwa polis tidak menjalankan tugas mereka secara profesional dengan melulu menembak isterinya.

"Semua bukti seperti baju, kamera litar tertutup (CCTV) dan kereta yang dinaiki isteri saya diambil polis.

"Saya percaya isteri saya ditembak dengan 24 das tembakan berdasarkan kesan tembakan di pintu kereta dan bahagian belakang kereta," katanya.

Voon Kong menambah, beliau difahamkan isterinya ditembak ketika di dalam sebuah kereta jenis Waja bewarna perak bersama seorang lelaki yang merupakan kawannya.

Lelaki tersebut dipercayai ditahan polis dan satu laporan polis telah dibuat oleh Voon Kong pada 19 Januari lalu di Balai Polis Klang.

Sementara itu, MP Klang, Charles Santiago berkata kes itu merupakan yang ketiga berlaku selepas kematian pengawal keselamatan C Sugumaran dan kes Amirul Rasyid yang membabitkan polis.

"Kini, semua bukti berkaitan dengan pembunuhan hilang. Jika semua bukti ini tiada bagaimana hendak bawa kes ini ke mahkamah," katanya.

Selain itu, MP Puchong, Gobind SinghDeo  mahu polis menjalankan siasatan yang adil dan Perdana Menteri perlu campur tangan dalam kes itu.

"Polis tidak boleh menghukum mangsa dengan terus menembaknya, kini polis sudah tidak memberi perlindungan kepada rakyat." ~tvselangor


Iklan C (ii)







Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Addin: Komplot Polis Dan HKL Untuk Tutup Pembunuhan Sugumar - Naib Presiden KEADILAN

Addin
thumbnail Komplot Polis Dan HKL Untuk Tutup Pembunuhan Sugumar - Naib Presiden KEADILAN
Jan 31st 2013, 10:36

KUALA LUMPUR 31 Jan: Dolak-dalik polis dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung tuntutan bedah siasat kedua C Sugumar dipercayai untuk mengelak keganasan polis ke atas mendiang terbongkar.Kelewatan polis mengeluarkan kebenaran bertulis kepada hospital tersebut untuk bedah siasat kedua mangsa turut dikecam.Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, polis sengaja melengahkan bedah siasat supaya kes yang didakwa sebagai pembunuhan itu tidak diketahui umum.

"Peguam mendiang Sugumar, Eric Paulsen hari ini memaklumkan bahawa HKL tidak akan membuat bedah siasat kedua selagi polis belum mengeluarkan kebenaran bertulis."Polis dan HKL juga dianggap berkomplot kerana gagal memberikan jawapan memuaskan kepada kita," katanya kepada Keadilan Daily.

"Bila tanya polis, mereka suruh kita tanya HKL begitulah sebaliknya. Sikap seperti ini memang dangkal dan memualkan!" katanya.Beliau menambah, kelembapan polis mengeluarkan surat kebenaran kerana mahu menyembunyikan fakta sebenar pembunuhan Sugumar.

"Polis takut jika bedah siasat kedua dibuat, kezaliman polis yang menyebabkan kematian Sugumar akan diketahui orang ramai."Kita desak polis segera bantu siasatan untuk HKL buat bedah siasat kedua. Jangan sembunyikan kebenaran!" tegasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, tiada halangan bedah siasat kedua dijalankan seperti diminta keluarga mangsa asalkan kos pembedahan itu ditanggung sendiri. ~keadilandaily


Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Addin: Lagi Bukti Melayu Miskin Di Negeri Umno BN

Addin
Lagi Bukti Melayu Miskin Di Negeri Umno BN
Jan 31st 2013, 08:46

PASIR SALAK -  PKR Pasir Salak menyelar pemimpin Umno/BN kerana menyebabkan merosotnya taraf ekonomi orang Melayu terutamanya di Johor yang merupakan 'kubu kuat' Umno.

Ini ekoran pendedahan oleh Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas pada 15 Januari lalu. Isu Melayu Johor yang paling miskin ini didedahkan oleh Abdul Razak Ismail, penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak dalam satu program ceramah yang diadakan di Kampung Tersusun Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak Jumaat lalu.

Turun hadir dalam program tersebut ialah Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak yang juga merupakan penyelaras DUN Sungai Manik.

Pendedahan oleh Syed Ali tersebut begitu memeranjatkan banyak pihak kerana selama ini kita diberi gambaran dan tanggapan salah oleh media arus perdana dan eletronik serta pemimpin-pemimpin Umno bahawa orang Melayu di Kelantan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS kononnya yang paling miskin di Malaysia.

Jadi jelaslah walaupun Johor merupakan negeri yang dikuasai oleh Umno/BN sejak 55 tahun yang lalu dan merupakan negeri pengasas Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar sendiri tapi hakikatnya nasib orang Melayu di negeri tersebut terus diabaikan.

Insiden terkini sekurang-kurangnya sembilan cawangan Umno di kampung-kampung setinggan majoriti didiami orang Melayu di kawasan Parlimen Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan masing-masing menunjukkkan bahawa kepimpinan akar umbi Umno mula hilang kepercayaan terhadap 'Janji- Janji Yang Tidak Ditepati' pemimpin-pemimpin Umno di negeri tersebut dalam memperjuangkan nasib mereka.

Retrik pemimpin Umno

Jadi kesimpulannya ujar Razak lagi, retorik pemimpin Umno yang mengatakan bahawa parti Umno sahajalah yang merupakan wadah bagi memperjuangkan nasib orang-orang Melayu adalah tidak benar dan jauh menyimpang dari matlamat asal perjuangan parti tersebut.

Ujar Razak lagi perkara yang sama juga berlaku di parlimen Pasir Salak di mana pemimpin Umno setempat menjanjikan pelbagai bantuan dana kewangan dan sebagainya sebagai 'umpan' menjelang PRU tetapi hakikatnya nasib orang Melayu setempat masih di takuk lama.

Razak juga membidas tindakan pengurusan Felcra kerana menyumbang RM100,000 kepada Badan Kebajikan Isteri Menteri-Menteri (Bakti) sedangkan ramai anak-anak kepada pesawah padi di Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak memerlukan bantuan dan perbelanjaan di awal tahun kemasukan persekolahan.

Cek sumbangan disampaikan oleh Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Pengerusi Felcra (yang juga ahli parlimen BN Pasir salak) dan diterima oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hampir 100 peratus pesawah padi berjumlah 5,000 keluarga yang mengusahakan sawah padi di Felcra Seberang Perak merupakan orang Melayu yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

Mereka berhadapan dengan harga benih padi, baja dan racun serta sewa jentera yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini Kejatuhan harga kelapa sawit sejak 6 bulan kebelakangan ini tambah membebankan kewangan mereka. ~free malaysia today


Iklan C (ii)




Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions