IKLAN BANNER RM30 SEBULAN

Sila email ke dirzoom(at)yahoo.com

Monday, May 6, 2013

KeadilanDaily.com: Sarat keraguan & penipuan, Pakatan Rakyat tolak keputusan PRU

KeadilanDaily.com
Laman Berita Rasmi Parti KEADILAN Rakyat
Sarat keraguan & penipuan, Pakatan Rakyat tolak keputusan PRU
May 5th 2013, 19:17

Aedi Asri

KUALA LUMPUR 5 MEI: Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU 13 selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberi penjelasan terhadap pelbagai keraguan yang berlaku sepanjang tempoh pengundian.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai penipuan dikesan sepanjang hari pengundian, antaranya kewujudan warga asing sebagai pengundi dan dakwat kekal yang tidak kekal.

“Jumlah undi awal dan undi pos (kepada Pakatan) juga tidak konsisten dengan trend pengundian semasa,” katanya pada sidang media tengah malam tadi..

Beliau berkata, Pakatan sejak dari awal berterusan menyuarakan perkara ini, namun SPR tidak mengendahkannya.

“Kita secara konsisten menegur tentang perkara ini…(tetapi) SPR bersikap tidak mengambil endah.

“(Justeru) SPR perlu memberi jawapan mengapa penipuan sebegini berlaku dan dibiarkan,” katanya.

“SPR sudah menggagalkan negara ini (EC has failed the country),” katanya lagi.

Turut hadir, antaranya Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment