IKLAN BANNER RM30 SEBULAN

Sila email ke dirzoom(at)yahoo.com

Tuesday, May 14, 2013

KeadilanDaily.com: Isu penipuan PRU: Pakatan sedia berdepan SPR, Aziz ada berani?

KeadilanDaily.com
Laman Berita Rasmi Parti KEADILAN Rakyat
Isu penipuan PRU: Pakatan sedia berdepan SPR, Aziz ada berani?
May 14th 2013, 09:51

(Oleh Aisha Geoffrey)

PETALING JAYA 14 MEI: Pakatan Rakyat bersetuju untuk berhadapan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof bagi membentangkan isu penipuan pilihan raya, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau mewakili Majlis Setiausaha Pakatan berkata demikian menyahut kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan kononnya Pakatan takut untuk berdepan SPR memberi penjelasan terhadap isu penyelewengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sai“Kita bersetuju untuk menjemput Aziz dalam program kita dan membentangkan semua salah laku serta penipuan dalam pilihan raya,” kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Beliau dalam nada sinis turut meminta ‘pertolongan’ Ahmad Maslan untuk memujuk Aziz jika beliau enggan hadir.

“Sekarang kita sepak bola kembali kepada Ahmad Maslan. Pakatan sentiasa bersedia untuk berhadapan Aziz, kita juga harap tuan pengerusi tidak keberatan untuk hadir,” katanya.

“Kalau Aziz boleh hadir ke program Umno hanya seminggu selepas pilihan raya, kenapa tidak ke program Pakatan Rakyat. Saya percaya Aziz akan bertindak adil,” sinis Saifuddin lagi.

Hadir sama sidang media, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali; Setiausaha Kelola DAP, Anthony Loke dan Timbalan Penerangan DAP, Zairil Khir Johari.

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment