IKLAN BANNER RM30 SEBULAN

Sila email ke dirzoom(at)yahoo.com

Friday, May 24, 2013

KeadilanDaily.com: Himpunan Black 505 di Bukit Katil, Melaka malam ini

KeadilanDaily.com
Laman Berita Rasmi Parti KEADILAN Rakyat
Himpunan Black 505 di Bukit Katil, Melaka malam ini
May 24th 2013, 04:01

BUKIT KATIL, 24 MEI: Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Hairiz Nordin memaklumkan, himpunan Black 505 Melaka kekal diadakan di Dataran Kebangkitan Rakyat, berhadapan Dewan Tun Ali dalam parlimen Bukit Katil.5-24_Melaka

Menurut Hairiz, lokasi program dipindah dari pejabat KEADILAN Melaka di Taman Bukit Piatu, atas nasihat pihak keselamatan.

“Ini kompromi kami dengan nasihat pihak berkuasa. Himpunan ini hanyalah himpunan aman. Sebelum ini pun himpunan Black 505 telah dibuat diseluruh negara.

“Tidak ada apa-apa masalah,” kata Hairiz sambil menggalakkan orang ramai datang lebih awal untuk mengelak kesesakan.

Menurut Hairiz, jentera Angkatan Muda KEADILAN Melaka dan Unit Amal akan membantu lalu lintas dan keselamatan bagi menjayakan progam Himpunan Black 505 Melaka, yang akan bermula jam 8 malam ini.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang akan menyampaikan ucapan malam ini ialah Ketua Umum KEADILAN , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim.

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment