IKLAN BANNER RM30 SEBULAN

Sila email ke dirzoom(at)yahoo.com

Thursday, February 28, 2013

Addin: Kisah Sebenar Di Sebalik Projek IC Sabah

Addin
thumbnail Kisah Sebenar Di Sebalik Projek IC Sabah
Feb 28th 2013, 10:59

Pendedahan oleh Puan Siti Aminah Binti Mahmud hari ini membuktikan bahawa pemimpinn UMNO – BN adalah pengkhianat negara yang sebenarnya.Di bawah projek IC inilah kerakyatan diberikan sewenang – wenangnya terhadap warga Filipina dan Indonesia. Bukan itu sahaja, malah status bangsa sebagai 'Melayu' dan agama sebagai 'Islam' dikurniakan atas arahan pemimpin yang terlibat sekitar tahun 1990 sehingga 1994 iaitu Tun Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Megat Junid dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Puan Siti Aminah yang terlibat dalam usaha kempen dan mempengaruhi penduduk Sabah untuk menyokong UMNO – BN ketika itu menyaksikan bahawa petugas – petugas UMNO – BN dikerahkan untuk mengedar borang pendaftaran kad pengenalan (borang dari Jabatan Pendaftaran Negara), mendapatkan butiran penduduk, mengambil gambar passport dan cap jari.

Maklumat yang diperoleh ini akan diserahkan kepada pegawai – pegawai di JPN di merata Sabah. Kad pengenalan dengan kod 03 ( projek IC ketika era Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris Bin Mohd Salleh, bekas Ketua Menteri Sabah), 04 dan 05 ( projek IC era Tun Mahathir ) akan siap dalam tempoh yang singkat dan dihantar kepada ketua kampong sesebuah kawasan.

Pun begitu, beliau yang hanya berurusan dengan Pejabat Perhubungan UMNO Sabah di Kota Kinabalu, ditangkap pada 20 September 1995 di Johor Bahru dan ditahan di IPD Johor Bahru kemudian di hantar ke Bukit Aman dan ditahan selama 60 hari sebelum diheret ke ISA selama dua tahun.Ibarat Ikan jerung dilepaskan, ikan bilis yang ditangkap.

Kesemua petugas yang terlibat seramai 127 orang dimasukkan ke ISA kecuali Ketua Pengarah JPN Sabah ketika itu, hanya ditukarkan ke Negeri Kelantan. Bagaimana pula dengan pemimpin UMNO – BN yang memberi arahan ini?Bagaimana lagi pemimpin UMNO – BN ingin menafikan penglibatan Tun Mahathir dalam memalsukan dokumen pengenalan rakyat asing?

Ini merupakan isu serius yang melibatkan keselamatan Negara, malah menggadai kesucian agama dan kehormatan bangsa.Saya mendesak agar Tun Mahathir dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin disiasat segera dan dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan khianat serta mencabuli kedaulatan Negara dan menafikan hak rakyat Sabah yang tulen.


Zuraida Kamaruddin

Ahli Parlimen Ampang

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment