IKLAN BANNER RM30 SEBULAN

Sila email ke dirzoom(at)yahoo.com

Tuesday, January 1, 2013

Addin: Bkas Ketua Pemuda Umno Berceramah Di Pentas PAS

Addin
thumbnail Bkas Ketua Pemuda Umno Berceramah Di Pentas PAS
Jan 1st 2013, 08:16

Dr.Zaiyadi Awang Noh adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan dan pernah bertanding di Parlimen Bachok atas tiket BN tapi kalah kepada PAS, kini dilantik oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi AMANAH Negeri Kelantan dalam satu majlis anjuran UTTV Cakna UT di Kelantan Trade Center KTC pada tahun 10 April 2012 lalu.

Seorang yang masih berpengaruh di Bachok yang mana ibu beliau adalah bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Bachok. Zaiyadi telah di 'tohok' atau dibuang dari berperanan oleh UMNO Negeri Kelantan dan UMNO Bachok kerana bimbang ketokohan beliau akan terserlah dari pemimpin UMNO Negeri Kelantan yang lain sekiranya Zaiyadi diberi tempat dan peranan yang berguna dalam UMNO.

Baru-baru ini Zaiyadi telah mengadakan program ceramah atas pentas AMANAH di Bachok yang mana lebih 5000 orang hadir mendengarnya, sambutan yang mengalakkan itu telah memberi semangat kepada Zaiyadi untuk terus turun ke gelanggan bagi menyebarkan isu-siu yang mesti diketahui oleh rakyat khasnya rakyat Bachok kenapa UMNO tidak boleh disokong lagi.

Zaiyadi masih lagi ahli UMNO walaupun beliau dilihat telah secara terbuka mengutuk kepimpinan PM Dato' Najib Tun Razak dan Dato' Awang Adik Husein, Ketua UMNO Bahagian Bachok. Apa masaalah sebenar yang membuat beliau begitu berani menghentam UMNO dan Dato' Awang Adik Husein belum dijelaskan oleh beliau.

Maka PAS Bachok akan memberi pentas kepada Zaiyadi Awang Noh pada 10hb. Januari 2013 ini iaitu hari khamis malam jumaat bertempat dikampung halaman Zaiyadi sendiri untuk memberi peluang kepada Zaiyadi memberi tahu orang Bachok khasnya kepada keluarga besar beliau yang masih menyokong UMNO kenapa beliau benar-benar benci kepada UMNO.

Adalah satu keputusan yang tepat sekiranya pada malam tersebut Zaiyadi akan terus mengulangi kata-kata beliau bahawa dalam UMNO sekarang ini banyak perkara yang busuk sedang berlaku dan menjawab apa yang Dato' Zahid Hamidi memberi tahu orang UMNO Bachok dulu.

Yang paling dinanti-nanti oleh rakyat Bachok sekarang ini tak kira orang PAS, UMNO atau pun PKR serta atas pagar mereka semuanya mahu mendenagr dari mulut Zaiyadi sendiri tentang prinsip kepartian beliau, adakah beliau masih mahu 'bertawakuf' atau bersama dengan rakyat untuk menentang kerajaan yang zalim dan mungkar,.

Rakyat Bachok tidak mahu Zaiyadi berselindung disebalik 'Tawakuf" dan berharap pada malam tersebut rakyat mahu lihat 'kejantan' Zaiyadi berpolitik. Rakyat Bachok kini mahu melihat perkara yang tersurat kerana rakyat Bachok dah bosan dengan yang tersirat. Percayalah Zaiyadi mampu melakukannya sekiranya beliau masih ada darah perjuangan daripada Mak Su Limah.

Sekiranya pada malam tersebut Zaiyadi berani istihar keluar UMNO maka bertambahlah bekas pemimpin UMNO Kelantan keluar UMNO untuk bersama-sama PR bagi menentukan Kelantan terus dibawah kerajaan pimpinan ulama yang diketuai oleh YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. dan Malaysia dibawah kerajaan PR. ~newkk


Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment