IKLAN BANNER RM30 SEBULAN

Sila email ke dirzoom(at)yahoo.com

Sunday, September 30, 2012

Anak Sungai Derhaka: Gambar Skandal VVIP Pulau Pinang didedahkan Blogger UMNO.. tapi Kantoi lagi!!

Anak Sungai Derhaka
anaksungaiderhaka@gmail.com
thumbnail Gambar Skandal VVIP Pulau Pinang didedahkan Blogger UMNO.. tapi Kantoi lagi!!
Sep 30th 2012, 21:20


Berbekalkan gambar di atas seorang Blogger UMNO sekali lagi cuba untuk menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap Pemimpin Pakatan Rakyat di utara tanah air..


Aku petik dari Pisau.Net ni.. " Seperti yang MiM katakan sebelum ini, blogger tersohor Pulau Pinang, Media Permatang Pauh (MPP) telah mendedahkan sebahagian lagi daripada foto seorang supermodel bersama seorang VIP parti politik di Pulau Pinang."

"VIP tersebut merupakan seorang pemimpin politik yang berimej 'islamik' dan juga berbuka puasa di masjid dan surau semasa bulan Ramadhan."

Untuk menghangatkan suasana.. sekeping lagi gambar disiarkannya..


Ini sebahagian petikan dari artikel di atas..
Ye lah kann.., orang alim dan juga dilantik sebagai 'pemimpin agama' macam tu takkanlah boleh bersubahat didalam hal-hal dosa kann..

Jangankan kata Islam.., dalam mana-mana agama sekalipun menegaskan bahawa arak itu adalah bahan terlarang.. tambah la kalau berkepit dengan amoi yang diketahui mempunyai dakwaan salah laku moral..

So.., inilah yang dinamakan HIPOKRIT beb.. Depan rakyat dia berlakon alim dan warak.., tapi dibelakang rupanya sebaliknya.. Itu pun masih ramai yang terpedaya.. Kesiann...

Siapakah VIP parti politik di Pulau Pinang yang menjadi mangsa Blogger UMNO kali ini pula?

Lelaki tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng manakala amoi cun di sebelahnya ialah Lin Chi Ling ialah aktress dan juga supermodel dari Taiwan.

Tengok ni...

Gambar pertama
Gambar kedua..
Kenapa pula Gelas Beer berada di tangan Lin Chi Ling yang berada di samping Guan Eng itu? gambar di bawah memberikan anda jawapannya...



Lin Chi Ling ialah aktress dan juga supermodel dari Taiwan yang telah diterbangkan khas dari Taiwan untuk merasmikan sebuah premis yang menjual minauman keras di Auto City, Perai yang dikenali sebagai 'Over Time' pada 18 Disember 2010..


Bukan gambar minggu lepas atau bulan lepas tapi gambar dua tahun lepas..

Tengok ni.. bapa Guan Eng, Lim Kit Siang pun hadir sebagai jemputan dalam majlis pembukaan rasmi itu..


Berikut pula adalah video konvoi 'Super Car' yang dipercayai milik Guan Eng yang diguna untuk menambat hati Akterss dari Taiwan itu.. tengok lee...


Nih.. sumber gambar yang digunakan oleh pencacai UMNO itu pun ada.. pencacai MCA lah ni.. tengok lee..


Aku keliru sikit dengan MPP ni.. aku ada ramai kawan yang berbangsa Cina di Pulau Pinang ni.. dalam kebanyakkan majlis yang mereka raikan.. terutamanya majlis perkahwinan..

Arak bukanlah satu perkara yang luar biasa buat mereka.. depa kata biasala... err.. tak pernah lah pulak aku dengar depa tu kata arak itu haram buat depa...

Ni sikit pesanan buat Media Permatang Pauh (Teman tapi musuh satu Parlimen dengan aku).. kalau hang mau gambar lagi panas..

Maksud aku gambar Anwar Ibrahim dengan Wanita Singapura di dalam Hotel di Alor Setar, hang boleh request dari aku melalui e-mail.. alamat kat atas tu..

Kalau hang malu.. tak apa.. aku faham.. hang boleh tengok dan copy di ( SINI )

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Anak Sungai Derhaka: Kerana Rapid Pengerang, UMNO/BN musnahkan 10 Kampung Melayu...

Anak Sungai Derhaka
anaksungaiderhaka@gmail.com
thumbnail Kerana Rapid Pengerang, UMNO/BN musnahkan 10 Kampung Melayu...
Sep 30th 2012, 18:41


Perlaksanaan projek ini akan mengakibatkan 10 Kampung dengan jumlah penduduk seramai 25,000 orang akan dipindahkan..


Manakala 6 Masjid, 11 Surau, 13 Sekolah, 14 rumah ibadat, 3 Klinik Kesihatan, 2 Balai Polis, 11 Tanah Perkuburan Islam dan 7 Tanah perkuburan bukan Islam akan hilang dari pandangan...

25,000 orang penduduk Kampung yang dikeluarkan dari kampung milik mereka itu sudah pasti majoritinya adalah Melayu..

Sekali lagi dalam hal ini UMNO membuktikan bahawa mereka adalah pejuang tanah Melayu.. maksud aku pejuang dalam hal menjual tanah milik masyarakat Melayu.. 

**************************************** 

TERAS menolak projek Rapid Petrokimia Petronas yang diumumkan akan dilaksana di Pengerang Johor sebagai projek mengutamakan rakyat. Dengan pemindahan penduduk dari 10 kampung tardisional, tidak mungkin boleh diterima sebagai mengutamakan rakyat.

Jika benar projek yang hendak diperkenalkan adalah untuk kepentingan rakyat sepatutnya pandangan rakyat diperolehi terlebih dahulu.

Kami berpendapat pengumuman PM bahawa projek itu akan dilaksanakan tanpa terlebih dahulu melalui proses perundingan awam adalah tindakan yang mengenepikan hak rakyat untuk memberi maklumbalas.

Pendekatan kerajaan memaksa rakyat menerima projek pembangunan yang bersifat pengambilan kampung halaman dan memaksa penduduk dipindah adalah pendekatan diktator yang sering dihadapi oleh rakyat di negara membangun.

Rakyat sering dijadi mangsa dengan alasan bahawa pembangunan diperlukan dan rakyat perlu berkorban . Pihak pemaju projek selalunya mendapat perlindungan kerajaan dan kerajaan pula sering mengiakan kehendak pemaju.

Teras tidak menerima pendekatan yang sudah lama ditolak oleh rakyat di kebanyakan negara membangun sekarang kerana pendekatan seperti ini akan selalu mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar , peminggiran penduduk, kesan sosio-budaya yang negatif dan kepentingan penduduk tempatan diketepikan untuk diambil alih oleh orang luar.

Ini bukan kali pertama rakyat diketepikan. Janji awal bahawa puluhan ribu peluang pekerjaan akan disediakan , biasanya tidak berlaku bila projek berskala besar ini dilaksanakan. Perubahan iklim ekonomi semasa sentiasa menjadi helah kenapa syarikat tidak dapat memberi peluang pekerjaan seperti yang diramalkan dan adakala terpaksa membuang pekerja.

Projek mega seperti ini akan selalunya mengutamakan kepentingan ekonomi dari yang lain. Dalam pengalaman pelbagai projek yang telah dilaksanakan akhirnya pekerja asing diambil dengan alasan kos upah lenih murah dan penduduk tempatan akhirnya terpinggir.

Pengalaman seperti ini bukan baru. Projek Perwaja di Kedah yang akhirnya rugi kini dipenuhi oleh pekerja luar dan tidak berlaku sebarang keuntungan dan limpahan ekonomi seperti dijanjikan berlaku.

Teras berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya meneruskan pendekatan "dari atas ke bawah" (top down) seolah kerajaan lebih tahu semua dari rakyat. Sebaliknya pendekatan yang lebih mesra rakyat iaitu "dari bawah ke atas" (bottom up) sepatutnya digunakan jika kerajaan benar- benar jujur mengguna prinsip rakyat diutamakan.

Teras membantah keras pengambilan tanah rakyat oleh projek Rapik Petronas di Pengerang apatah lagi tanah yang melibatkan perkampungan tradisional Melayu. Sudah terlalu banyak tanah orang Melayu menjadi mangsa atas nama pembangunan yang akhirnya mengakibatkan orang Melayu terpinggir dan menjadi hamba kepada orang lain di atas tanah asalnya sendiri.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

*Kenyataan Media oleh TERAS

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Tukar Tiub: LAGI BUKTI DEMO TELAH JADI BUDAYA KITA

Tukar Tiub
thumbnail LAGI BUKTI DEMO TELAH JADI BUDAYA KITA
Sep 30th 2012, 18:30






KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas  dan saheh terbukti
bahawa rakyat telah pandai berdemo
dari lynas
dari gebeng
dari bukait koman
dari kuantan
semua telah pandai turun berdemo

demo adalah budaya politik kita

kalau gerombolan tipu dalm pru13
maka kita akan turun berdemo
kalau menang dengan pilihan raya adil dan bersih
kita akur keputusan rakyat


KENAPA PENTING BERDEMO
bayangkan jika pakatan rakyat ambil alih kerajaan
tetiba mereka kelentong
mereka putar belit
mereka kong kalikong
maka orang ramai telah bijak  berdemo
kita humbankan pula pakatan rakyat

kerana itu dari sekarang kita wajib
memulakan budaya demo
inilah satu satunya senjata
yang amt amt ditakuti oleh
pemerenrtah yang zalim



RAKYAT BERDEMO  MENGUBAH KEADAAN
Masyarakat Penan berdemo di empangan Murum


 
Ratusan masyarakat Penan berhimpun bagi membantah projek kontroversi empangan hidroelektrik Murum pada Rabu, kata Penyelaras Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond Abin. 

NONERaymond berkata, kira-kira 200 masyarakat Penan berkumpul menghadang jalan ke empangan itu di jambatan Sungai Seping, kira-kira 40km daripada tapak projek.

Katanya, mereka membawa pelbagai poster yang "menuntut keadilan" dan mendesah projek itu dihentikan. Kanak-kanak dan wanita turut menyertai perhimpunan itu.

Tindakan itu menyebabkan kenderaan pembinaan tidak dapat keluar masuk ke kawasan empangan itu.

Masyarakat Penan bercadang tetap berada di situ sehingga pihak berkuasa tampil berbincang dengan mereka.


KONSERT 8 TUNTUTAN 13 OKTOBER


Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions