IKLAN BANNER RM30 SEBULAN

Sila email ke dirzoom(at)yahoo.com

Friday, August 31, 2012

Anak Sungai Derhaka: 'Turun Harga Kereta', Rafizi dapat maklumat bocor dari JPM?

Anak Sungai Derhaka
anaksungaiderhaka@gmail.com
thumbnail 'Turun Harga Kereta', Rafizi dapat maklumat bocor dari JPM?
Aug 31st 2012, 23:12


Ada pencacai UMNO yang mengatakan bahawa agenda yang dibawa oleh Rafizi dari PKR/PR iaitu menurunkan harga kereta dan mengambil alih Lebuh Raya adalah maklumat yang dibocorkan dari JPM..


Ini kerana menurutnya jika Rafizi Ramli dan PKR boleh mempergunakan kakitangan awam untuk mendapatkan maklumat tentang tender-tender dan kontrak-kontrak kerajaan terutama apabila syarikat kroni mereka gagal memperolehinya, apakah tidak mustahil sekiranya maklumat tentang perancangan kerajaan tidak sampai ke tangan PKR?

Korang baca dulu apa yang dia tulis sepenuhnya di bawah ni..

CIPLAK HARGA KERETA: BUKU JINGGA ATAU DAPAT MAKLUMAT DARI JPM?!!

Pecacai Pakatan sedang berusaha untuk memalukan Najib dengan cerita kononnya, Najib telah menciplak Buku Jingga dan perjuangan Rafizi Ramli yang mahu menurunkan harga kereta. Begitu juga dengan cerita kerajaan mahu mengambilalih lebuhraya....

Kononnya, kalau Najib dah meniru Buku Jingga, buat apa lagi Najib jadi kerajaan, elok serah sahaja kepada Pakatan Rakyat. Masalahnya, betulkah Najib yang meniru Buku Jingga Pakatan Rakyat, atau sebenarnya, maklumat dari dalam bocor dan sampai ke tangan Pakatan Rakyat, terutama sekali menerusi Rafizi Ramli yang giat berkempen tentang Akta Wistleblownya?

Kalau Rafizi Ramli dan PKR boleh mempergunakan kakitangan awam untuk mendapatkan maklumat tentang tender-tender dan kontrak-kontrak kerajaan terutama apabila syarikat kroni mereka gagal memperolehinya, apakah tidak mustahil sekiranya maklumat tentang perancangan kerajaan tidak sampai ke tangan PKR?

Ambil sahaja contoh bajet tahun lepas. Umum mengetahui bagaimana orang dalam Kementerian Kewangan telah membocorkan banyak maklumat tentang bajet bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentangkan bajet alternatif mereka.

Apabila bajet dibentangkan, Anwar Ibrahim jelas sangat terkejut kerana yang sampai ke tangan mereka hanyalah dummy semata-mata, bukan bajet sebenar.

Nampaknya perkara yang sama sedang berulang. Cuma kali ini, PKR menerusi Rafizi Ramli melakukannya lebih pantas untuk mengelakkan daripada dikesan.

Cadangan kerajaan untuk 'melakukan sesuatu' bagi mengurangkan harga kereta dan bakal dibentangkan dalam bajet, telah diambil kesempatan terlebih dahulu oleh PKR. Justeru, apabila diumumkan nanti, seolah-olah kerajaan yang ada sekarang sebenarnya yang menciplak Buku Jingga.

OK... mula-mula kita bercakap soal menurunkan harga kereta dulu yang kononnya menurut mamat di atas adalah perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan UMNO/BN.

Jika ianya adalah satu perkara yang telah dirancangkan di Jabatan Perdana Menteri dan bocor ketangan Rafizi.. baca apa kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tentang perkara ini..


Kata-kata dari Khairy Jamaluddin itu mungkin akan dikatakan sebagai kata-kata seorang Ketua Pemuda sahaja kerana Khairy bukanlah antara yang berada di Jabatan Perdana Menteri..

Lagipun si Khairy itu samada bersama atau tidak dengan UMNO langsung tak membawa makna kepada UMNO.. bukan aku kata tapi ahli UMNO sendiri yang kata kat aku..

Oleh kerana kata-kata si Khairy itu tak membawa sebarang makna.. korang baca apa kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri tentang isu hapuskan tol dan turunkan harga kereta..

Ini ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop tentang 'Turunkan Harga Kereta'


Ini pula ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga tentang 'Hapuskan Tol'..


Menteri diJabatan Perdana Menteri kata hapuskan tol adalah kerja tidak masuk akal dan bila nak diturunkan harga kereta pula ekonomi negara akan terjejas dan negara boleh muflis..

Bagaimana agaknya boleh dikatakan bahawa agenda yang dibawa oleh Rafizi itu adalah perancangan di Jabatan Perdana Menteri sendiri jelas tidak tahu apa-apa mengenainya?

Adakah  Menteri Jabatan Perdana Menteri seorang yang pekak hinggakan beliau tidak boleh mendengar apa yang dibincangkan di Jabatannya sendiri?

Atau dia hanya tidur sepanjang mesyuarat dijalankan?.. kalau macam tu.. pecat sajalah dia ni..

Pesanan aku buat orang seberang sana.. Buat research dulu Bro sebelum nak spin... kan dah nampak sama tarafnya dengan Ibrahim Ali.. ha..ha..ha..

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

KELAB GREENBOC: Jelajah "Merdeka Rakyat" Bermula Dan Dah Sampai Machang

KELAB GREENBOC
Tertegaknya Kebenaran & Keadilan
thumbnail Jelajah "Merdeka Rakyat" Bermula Dan Dah Sampai Machang
Aug 31st 2012, 22:08


Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah 'Merdeka Rakyat'.

"Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar," katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli.

"Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik," kata Anwar.


Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Suhaimi Said.

Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah 'Merdeka Rakyat'

Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah 'Merdeka Rakyat'

Jelajah 'Merdeka Rakyat' akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi..

Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut. -KD


TERKINI

Macang, Kelantan




Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Biaqpila™: 19 Pasangan Dicekup Ketika Nak Projek Di Malam Merdeka

Biaqpila™
thumbnail 19 Pasangan Dicekup Ketika Nak Projek Di Malam Merdeka
Aug 31st 2012, 20:38


Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.

"Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.

Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. - Bernama

kakisembang

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

KELAB GREENBOC: Hakim Dengar "Ceramah" Mat Sabu Di Mahkamah

KELAB GREENBOC
Tertegaknya Kebenaran & Keadilan
thumbnail Hakim Dengar "Ceramah" Mat Sabu Di Mahkamah
Aug 31st 2012, 19:31

Butterworth: Buat Kali pertama kalinya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berceramah di dalam mahkamah.

Menyaksikan ceramah beliau ialah Hakim Mahkamah Majestrit Butterworth. Akmal Hisham, pendakwa raya dan peguambela yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin.

Gambar: Haji Mohamad Sabu di mahkamah semalam

Semalam dan hari ini merupakan sambungan pembicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang menafikan Mat Indera sebagai komunis sebagaimana yang lebelkan oleh pihak polis yang bekerja di bawah kerajaan British.

Saksi kedua iaitu Koperal Shanizam Abdul Ghani yang bertugas sebagai jurugambar (video) di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memberikan keterangan di mahkamah.

Pembicaraan bersambung pada sebelah petang semalam untuk menonton video ceramah Haji Mohamad hasil rakaman oleh pihak polis.

"Kini Haji Mohamad Sabu bukan berceramah dipentas politik tetapi suaranya sudah berkemumandang dalam mahkamah, " jelas salah seorang ahli PAS yang hadir memberikan sokongan moral.

Sementara itu, kes ditunda lagi ke tarikh baru 15-18 Oktober 2012.

Peguamnya, Aminuddin Zulkili dan Nasar Khan hadir untuk mendengar penundaan tarikh baru itu bagi pihak Mohamad. -HD

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions