IKLAN BANNER RM30 SEBULAN

Sila email ke dirzoom(at)yahoo.com

Saturday, June 30, 2012

Mat Indera Sipejuang: UNTUK TENGGELAM ISU PRU13 DIMUSIM HAJI, UMNO TIMBULKAN PULA ISU MANDAT PENUH 5 TAHUN... KAH KAH KAH !

Mat Indera Sipejuang
PERJUANGAN NYA DINAFIKAN
thumbnail UNTUK TENGGELAM ISU PRU13 DIMUSIM HAJI, UMNO TIMBULKAN PULA ISU MANDAT PENUH 5 TAHUN... KAH KAH KAH !
Jun 30th 2012, 22:56

Kalau semalam Datuk Seri Haji Najib (DSHN) mengatakan akan menggunakan mandat penuh lima yang diberi rakyat selaku Kerajaan.... hari ni Bekas Perdana Menteri Tun Mahatir Maha-Masalah Negara pula mengatakan keputusan DSHN yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik... kah kah kah !.

Sesuatu yang baik ke atau lu dah tak yakin Umno//Bn boleh menang... sedangkan didalam bulan Mac 2012 yang lalu lu pun ada kata wahai Tun Madey konon nya inilah masa terbaik untuk DSHN mengadakan Pilihan Umum ke-13 (PRU13)... lu dah lu ke Tun Madey oiii.. kah kah kah !... atau lu sudah berpakat dengan DSHN untuk meneggelamkan Isu PRU13 dimusim... kah kah kah !.

Lu jangan ingat Pakatan Rakyat (PR) akan terkeliru dengan sandiwara lu orang Pemimpin Umno... mungkin ini untuk mengeliru pemimpin dan penyokong PR supaya Isu PRU di Musim Haji akan dilupakan... dan masa itu lu orang akan buat PRU di Musim Haji selepas Pemimpin dan Penyokong PR dirasakan sudah melupai Isu tersebut... itu lah kerja lu orang tak sudah-sudah nak menipu... kah kah kah !. [catatan yang lepas]

Tapi yang bodohnya lu orang Pemimpin Umno ialah apabila menganggap Pemimpin dan penyokong PR pun bodoh macam penyokong-penyokong Umno... kah kah kah... kalau penyokong Umno mungkin boleh percaya dengan lu orang punya cakap... tapi kalau Gua sepuluh kali Umno mampos pun Gua tak percaya cakap lu orang beb...  sebab berbelit macam Ular... kah kah kah !.

Dalam Masyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu lepas aje DSHN sudah mempertahankan kewajaran beliau untuk membuat PRU13 dalam Musim Haji... sampaikan tersasul dengan mengatakan Tun Hussein pun mengadakan PRU dalam Musim Haji pada tahun 1986... kah kah kah... sudah lah tersasul dan yang jelas lagi menampakan yang beliau Buta Sejarah Negara... dah lah Buta Sejarah lepas tu berlagak pandai pulak tu... kah kah kah !. [sumber baca sini]


hemmmmm..... kemungkin pru di buat pada musim masih lagi pasti selagi musim haji belum berlalu.... ini kerana kalau mengikut strategi tun madey maha-masalah negara yang mana tak akan mengira sama ada orang islam dapat mengundi atau tidak... yang perlu umno boleh walaupun dengan menafikan hak orang islam untuk mengundi... kah kah kah... umnporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Biaqpila™: LIVE: KEDAH VS TERENGGANU

Biaqpila™
LIVE: KEDAH VS TERENGGANU
Jun 30th 2012, 21:10

KLIK DI SINI


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Biaqpila™: KEPUTUSAN LIGA SUPER 30/6/2012

Biaqpila™
thumbnail KEPUTUSAN LIGA SUPER 30/6/2012
Jun 30th 2012, 22:50

Published with Blogger-droid v1.7.4

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Kerabu Bersuara: Najib tak nafi beri kontrak LRT Ampang pada kroni

Kerabu Bersuara
Pelbagai Berita Terkini Dari Segenap Dimensi
Najib tak nafi beri kontrak LRT Ampang pada kroni
Jun 30th 2012, 21:55

Jun 30 2012 / Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 30 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan kontrak sambungan LRT Ampang bernilai hampir RM1 bilion dianugerah kepada Konsortium George Kent, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli

Rafizi berkata, kenyataan Najib bahawa tiada yang salah mengenai projek itu, mengukuhkan spekulasi bahawa beliau melanggar keputusaan bidaan seperti yang disyaki banyak pihak.

"Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau di dalam proses pemilihan kontraktor," kata Rafizi.

Katanya, beliau mendapat maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil dokumen rasmi dari pejabat Prasarana semalam yang menunjukkan konsortium berkenaan ditolak sebagai pembida sejak awal.

"Salah satu dokumen yang diambil adalah kertas-kertas rasmi yang membuktikan bahawa Prasarana telah pun memulangkan kembali bon tender kepada Konsortium George Kent kerana kumpulan itu telah pun dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak dari awal lagi.

"Maka, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak ini kepada Konsortium George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterima pakai," kata Rafizi.

Beliau juga mendesak Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Dato' Shahril Mokhtar mengesahkan dakwaan bahawa bon tender itu dipulangkan.

Rafizi sebelum ini mendakwa projek itu sepatutnya diberi kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) tetapi atas campur tangan Najib, ia jatuh ke tangan George Kent.


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Addin: Sinar Harian Perli Rosmah Dan Najib

Addin
thumbnail Sinar Harian Perli Rosmah Dan Najib
Jun 30th 2012, 21:50


Akhbar Sinar Harian pula hari ini di lihat mengeluarkan berita yang terang-terang perli Rosmah Mansor. Mungkin Rosmah yang tak sedar diri untuk menyuruh memanggil dirinya first lady sedangkan beliau hanya isteri PM. 

Berbanding pula dengan isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud yang hanya digelar Ummu Ahmed.



Isteri Mursi enggan dipanggil wanita pertama

KAHERAH - Isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar 'wanita pertama Mesir' sebaliknya lebih selesa dipanggil Ummu Ahmed bermaksud ibu kepada Ahmed iaitu anak lelaki sulung pasangan itu.

Wujud perbezaan di antara Naglaa dan isteri bekas presiden terdahulu, Suzanne Mubarak yang disifatkan sebagai elegan, berpendidikan tinggi dan dari keluarga Britain tetapi dikritik kerana memiliki sifat pentingkan diri, melampau dan suka menguasai  orang lain.Sebaliknya, Naglaa adalah wanita Islam konservatif yang memakai hijab dan tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti ataupun kolej. 

Pengkritik menyifatkan gayanya sebagai lambang kepada kestabilan pimpinan Islam konservatif di  Mesir.Manakala penyokong suaminya berkata, tingkah laku sederhana dan latar belakang wanita itu membangkitkan semangat revolusi dalam demokrasi dan disenangi rakyat."Saya hanya mahu dipanggil isteri presiden. Siapa kata isteri presiden adalah 'wanita pertama?'," katanya. ~sinarharian



You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

KELAB GREENBOC: Najib Sama Dengan Hosni Mubarak

KELAB GREENBOC
Tertegaknya Kebenaran & Keadilan
thumbnail Najib Sama Dengan Hosni Mubarak
Jun 30th 2012, 21:24


Gambar di atas menceritakan segala2 nya... Mungkin kebetulan atau realitinya macam itu..

Dr Muhammad Mursi sudah menampak kelainan dimana kalimah Allah yang Maha Agung sudah menggantikan tempat gambar PM Mesir di dinding pejabatnya.

Sikap dan gaya kepimpinpinan PM Malaysia nampaknya saling tak tumpah dengan bekas PM Mesir Hosni Mubarak yang kini menghadapi hukum penjara seumur hidup. Najib juga bakal menuruti nasib Mubarak?

Dengan kebobrokan kepimpinan Najib, kemungkinan itu nampaknya tidak dapat ditolak!
Biarkan hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

MiLo SuaM: Wanita Pertama, giliran Sinar Harian pula perli Rosmah

MiLo SuaM
Utusan Malaysia Online, Berita Terkini, Kosmo Online, Beritasemasa
thumbnail Wanita Pertama, giliran Sinar Harian pula perli Rosmah
Jun 30th 2012, 20:44

SEBELUM ini kita dah lihat bagaimana Utusan Malaysia yang barangkali sudah tertekan akibat banyak kali kalah saman fitnah di mahkamah memerli Najib Razak dan suaminya, rujuk sini [Utusan perli Najib].

Kali ini giliran Sinar Harian pula yang dilihat secara tidak langsung melaporkan berita yang bakal membuatkan suami Najib, si Rosmah Mansor tak senang duduk [Sinar].



Anda lihat sendiri bagaimana isteri kepada Presiden baru Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar sebagai "Wanita pertama Mesir" sebaliknya lebih suka digelar Ummu Ahmed (ibu Ahmed).

Isteri kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang kini menerajui negara yang berpuluh kali ganda besarnya daripada Malaysia pun tak hingin digelar "Wanita pertama".

Namun ada seorang wanita yang tak layak pun digelar sebagai wanita pertama kerana ia merupakan gelaran Permaisuri Agong, tergedik-gedik menggelarkan dirinya "Wanita Pertama".

Malah siap buat majlis persidangan "Wanita Pertama" bagai yang dihadiri isteri-isteri presiden negara Afrika. Habiskan duit lebih RM4 Juta untuk beberapa hari persidangan itu diadakan.

ReJaM© "Rosmah patut digelar suami pertama... "


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Tukar Tiub: NAJIB YANG SUWEY JANGN CUBA NAK MENUPU

Tukar Tiub
thumbnail NAJIB YANG SUWEY JANGN CUBA NAK MENUPU
Jun 30th 2012, 19:56




NAJIBAH





PERDANA MENTERI TIDAK MENAFIKAN KONSORTIUM GEORGE KENT DIANUGERAHKAN KONTRAK LRT AMPANG


Saya mengalu-alukan kenyataan pendek Dato' Seri Najib Tun Razak semalam berhubung skandal anugerah kontrak LRT Ampang, walaupun kenyataan itu lebih banyak menimbulkan persoalan baru.

Tindakan Najib Razak hanya menyebut bahawa "tiada yang salah dalam proses anugerah itu" tidak menafikan bahawa Konsortium George Kent telah dianugerahkan tender tersebut seperti yang didedahkan oleh KEADILAN. Ini mengukuhkan spekulasi bahawa Najib Razak berkeras untuk melanggar keputusan penilaian pembidaan yang berpihak kepada pembida lain.

Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Najib Razak wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau di dalam proses pemilihan kontraktor.

Saya dimaklumkan oleh sumber dalaman bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil pelbagai dokumen rasmi berhubung kontrak ini dari pejabat Prasarana semalam.

(Dakwaan saya bahawa SPRM mengambil beberapa dokumen ini turut mendapat reaksi dari Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Shahril Mokhtar melalui satu komunikasi Twitter yang disertakan bersama. Reaksi beliau tidak menafikan bahawa dokumen diambil oleh SPRM, hanya mempertikaikan penggunaan perkataan "rampas").

Salah satu dokumen yang diambil adalah kertas-kertas rasmi yang membuktikan bahawa Prasarana telah pun memulangkan kembali bon tender (tender bond iaitu jaminan kewangan yang perlu dikemukakan oleh setiap pembida) kepada Konsortium George Kent kerana kumpulan itu telah pun dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak dari awal lagi.

Maka, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak ini kepada Konsortium George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterimapakai.

Saya menyeru supaya Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana supaya mengesahkan sama ada dakwaan bahawa bon tender Konsortium George Kent benar-benar telah dipulangkan untuk mengelakkan pelbagai spekulasi baru.

Saya beranggapan bahawa kenyataan Najib Razak semalam mengesahkan kontrak pembesaran LRT Ampang telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent seperti yang disyaki oleh banyak pihak.

Bermula Isnin 2 Julai 2012, saya akan mula mendedahkan pelbagai aspek teknikal dan kewangan hasil dari proses penilaian bidaan yang membuktikan bahawa campur tangan Najib ini bukan sahaja merugikan negara, malah turut membahayakan nyawa jutaan rakyat Malaysia.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
30 JUN 2012



MINTA MAAF BANYAK



NOTA :
gambar ini disiarkan sekali lagi
bertujun untuk mematahkan selera makan

gambar ini akan mematikan selera
gambar ini akan meloyakan tekak

justeru - tak lalu makan
justeru - badan slim dan cun


NOTA:
sila besarkan gambar ini
cetak dan letakkan di dinding meja makan
jamin tak selera makan kah kah kah




You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

KELAB GREENBOC: Mukhriz Ditatang, Marina Ditentang

KELAB GREENBOC
Tertegaknya Kebenaran & Keadilan
thumbnail Mukhriz Ditatang, Marina Ditentang
Jun 30th 2012, 19:34

Mahathir mahu Marina jauhi Bersih 2.0

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil.

"Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.

"Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya," katanya.

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

"Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,"
katanya.

Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.

Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.

"Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong," katanya. -SH

Marina dan Ambiga 'bertambat bulu'

Dalam politik anak dan bapa juga ada yang tidak sehaluan. Dalam interview Dr Mahathir dengan Mob TV, beliau telah menegur anaknya Marina supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya (Marina) kerana tindak tanduk Marina itu akan menjejaskan parti pemerintah iaitu UMNO serta menjejaskan juga politik ahli keluarga beliau. Mahathir begitu sangsi yang tindakan Marina bergiat dan menyokong Bersih 3.0 dan Bersih yang sebelumnya itu akan menjejaskan politik adiknya Muhkriz.

Pandangan Dr Mahathir terhadap anaknya itu ada benar dan salahnya. Jika Mahathir lebih memikirkan politik peribadi dan keluarga beliau maka kata-kata beliau itu benar dan betul seratus peratus. Memang banyak pun yang memberi pandangan yang Mahathir ini tidak payah diambil pusing nasihat dan kata-katanya kerana anak beliau sendiri telah menunjukkan sikap 'anti establishment' dan Marina telah menunjukkan banyak contoh sikap tidak sehaluan dengan kerajaan BN sekarang ini.

Tetapi jika Mahathir mampu memandang dari sudut lain, iaitu sudut memperjuangkan kebenaran, apa yang dilakukan oleh Marina itu patut direstui oleh Mahathir kerana beliau sepatutnya faham yang Marina itu adalah pejuang kepada tuntutan yang di perjuangkan oleh

Bersih dan banyak NGO-NGO yang lain. Mahathir sepatutnya merasa bangga dengan ketegasan anak perempuannya itu jika beliau (Mahathir) mengakui kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina itu.

Tetapi nampaknya Mahathir lebih cenderung untuk menjaga kepentingan politik anak lelakinya, Mukhriz dan beliau tidak pertimbangka kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina yang mendapat perhatian banyak pihak sambil memberikan sokongan kepada pejuang reformasi pilihanraya itu.

Bagi Mahathir kebenaran dalam isu ini ialah menjadikan Mukhriz sebagai pemimpin politik besar dan sebesar mana pun kebenaran yang diperjuangkan oleh anak perempuannya Marina itu tidak mendapat perhatian beliau. Bagi Mahathir kebenaran itu ialah kuasa dan tidak yang lain. Mahathir semalam mengakui yang beliau akan menyokong Mukhriz jika UMNO menurunkan anak emasnya itu bertanding
disalah satu kawasan DUN di Kedah untuk menjadi Menteri Besar Negeri Jelapang Padi itu.

Warisan politik

Niat Mahathir untuk meninggalkan warisnya dalam politik tanah air itu sememangnya telah dihidu oleh semua orang dan pengakuan beliau itu tidak mengejutkan sesiapa. Malahan mata Mahathir akan tertutup rapat jika beliau meninggal dunia selepas melihat anaknya itu menjadi orang besar negara seperti beliau. Tuduhan ramai terhadap Mahathir yang beliau membuat 'bising' sekarang ini adalah untuk kepentigan keluarga beliau.

Mahathir tentunya mahukan anaknya menjadi seperti Najib dan Hishamuddin yang kedua-duanya adalah anak-anak kepada bekas Perdana Menteri negara. Jika Mahathir berjaya untuk menjadikan anaknya itu pemimpin besar dan akhirnya menjadi Perdana Menteri maka beliau akan berjaya untuk menyambung tradisi yang pemimpin-pemimpin yang akan datang mesti datang dari keluarga bekas-bekas Perdana Menteri.

Itulah sebabnya Mahathir begitu marah apabila Mukhriz mendapat nombor tercorot dalam pemilihan Ketua Pemuda Malaysia apabila undi beliau jauh kebelakang dari undi-undi yang diperolehi oleh Khairy dan Khir Toyo dalam pertandingan itu. Yang Mahathir marah sekali ialah terhadap menantu Pak Lah yang telah berjaya mendapatkan undi tertinggi dalam pemilihan Ketua Pemuda itu.

Akhirnya Marina sendirilah yang berhak untuk memilih diantara kebenaran atau politik adik beradik dalam isu ini. Jika Marina memilih untuk mencari kebenaran maka tindakan beliau sekarang amatlah benar dan betul.

Tetapi jika Marina memilih untuk mementingkan politik bapanya dan adik beradiknya eloklah beliau (Marina) mengikut sahaja kata-kata ayahanda beliau itu. Tetapi saya yakin Marina akan terus memilih kebenaran kerana saya rasa beliau tahu yang kebenaran itu akan timbul akhirnya.

Tetapi jika Marina mengikut kehendak bapanya itu janganlah putuskan hubungan baik dengan Ambiga yang telah terjalin begitu rapat selama ini. Marina dan Ambiga itu bersahabat baik. Baiknya Ambiga dengan Marina itu seperti orang 'bertambat bulu'. Itu kata orang tua -tua dahulu.
-aspanalias


Ulasan GB

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,"
katanya.


Mahathir hanya memikirkan nasib Mukhriz dan sanggup meminta anaknya yang lain terutama Marina supaya mempertimbangkan nasib abangnya itu.

Mengapa tidak di sebaliknya?

Semata-mata kerana Mahathir seorang politikus, maka anak yang mencebur diri di bidang politik perlu diberikan perhatian dan ditatang, sedangkan anak yang lain yang menceburkan diri di dalam NGO akan ditentang?

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Ameno World: Tidur dalam khemah 32 hari takde masuk buletin utama pula..

Ameno World
Berpolitik tak semestinya berparti. Politics is not about partism.
Tidur dalam khemah 32 hari takde masuk buletin utama pula..
Jun 30th 2012, 18:39

Karam Singh Walia masih hidup lagi kan? Aku rasa ye sebab pernah terdengar suara dia potpetpotpet pasal lynas hari tue. Kalau betul dia masih hidup apasal dia tak masukkan isu orang yang tidur dalam khemah selama 32 hari akibat aktiviti pembangunan di cameron highland tak masuk tv3 plak? Lagi sorang wartawan pompuan tue apa nama dia? Aku lupa nama kakak tue. Kan ke dia dan karam singh walia

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

KeadilanDaily.com: Najib tak nafi beri kontrak LRT Ampang pada kroni

KeadilanDaily.com
Laman Berita Rasmi Parti KEADILAN Rakyat
Najib tak nafi beri kontrak LRT Ampang pada kroni
Jun 30th 2012, 18:35

Najib tak nafi beri kontrak LRT Ampang pada kroni

KUALA LUMPUR 30 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan  kontrak sambungan LRT Ampang bernilai hampir RM1 bilion dianugerah kepada Konsortium  George Kent, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli

Rafizi berkata, kenyataan Najib bahawa tiada yang salah mengenai projek itu, mengukuhkan spekulasi bahawa beliau melanggar keputusaan bidaan seperti yang disyaki banyak pihak.

“Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau di dalam proses pemilihan kontraktor,” kata Rafizi.

Katanya, beliau mendapat maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil dokumen rasmi dari pejabat Prasarana semalam yang menunjukkan konsortium berkenaan ditolak sebagai pembida sejak awal.

“Salah satu dokumen yang diambil adalah kertas-kertas rasmi yang membuktikan bahawa Prasarana telah pun memulangkan kembali bon tender kepada Konsortium George Kent kerana kumpulan itu telah pun dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak dari awal lagi.

“Maka, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak ini kepada Konsortium George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterima pakai,” kata Rafizi.

Beliau juga mendesak Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Dato' Shahril Mokhtar mengesahkan dakwaan bahawa bon tender itu dipulangkan.

Rafizi sebelum ini mendakwa projek itu sepatutnya diberi kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) tetapi atas campur tangan Najib, ia jatuh ke tangan George Kent.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Addin: Blogger Umno Memang Kaki Spin.. Bukti Terbaru

Addin
thumbnail Blogger Umno Memang Kaki Spin.. Bukti Terbaru
Jun 30th 2012, 19:15


Kalau dulu orang sering sebut 'Bodoh macam lembu', maka di zaman lembu sudah diternak dalam kondo ni maka pepatah tu nampaknya tak sesuai disebut. Lembu pun dah cerdik la ni.

Tapi ada satu makhluk yang rasanya kalau pepatah tu mahu mahu ditukar maka sesuai sangat dengan makhluk ni, iaitu 'Bodoh macam blogger UMNO'.. apa macam setuju?

Tak cerdik sungguh bila blogger UMNO Kedah menyerang kerajaan negeri kerana kononnya Pusat Pengumpulan Buah-buahan yang dibina di Sungai Petani gagal.. sebabnya tak ada buah yang dikutip.Alahai blogger UMNO, tak ambik tau perkembangan dunia tapi gatai punkok nak tulis. Sewaktu pelancaran pusat pengumpulan tu dulu Menteri Besar dah habag, pusat tu bertujuan untuk atasi lambakan buah-buahan orang kampung.

Kalau orang kampung nak jual takdak sapa nak beli dah sebab harga murah, mai tolak dekat Kedah Agro.Menteri Besar habag juga... tapi kalau ada pihak nak beli lebih tinggi harganya tolak kat depa tu. Kedah Agro cuma nak atasi masalah lambakan. Pahammm... lambakan!?Faktanya pada tahun ini.. hasil buah-buahan di Kedah ni merosot 50 peratus.

Oleh kerana permintaan tinggi maka orang kampung boleh jual dengan harga yang tinggi, tiada lambakan maka orang kampung pun tak perlulah jual murah dekat Kedah Agro. Sebab tuulah Pusat Pengumpulan Buah-buahan tu tak sibuk untuk musim buah tahun nii. Faham?? Bodoh, baghal, unta, kelabu asap!!! (pinjam P.Ramlee).



ALOR SETAR – Pengeluaran hasil buah-buahan di seluruh negeri ini merosot sebanyak 50 peratus.Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Encik Ismail Salleh (gambar atas) berkata, kemerosotan itu disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan yang lebih pada tahun ini.

"Rambutan durian dan mempelam adalah antara buah-buahan yang banyak terjejas akibat faktor berkenaan," ujarnya.Menurutnya, dijangkakan harga bagi buah-buahan tempatan lebih tinggi disebabkan bekalan yang terhad."Kita menjangkakan tidak akan berlaku lambakan buah-buahan pada tahun ini," katanya.

~Kedahlanie

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Anak Sungai Derhaka: Malaysia bertindak sebagai proksi Israel - The Herald

Anak Sungai Derhaka
anaksungaiderhaka@gmail.com
thumbnail Malaysia bertindak sebagai proksi Israel - The Herald
Jun 30th 2012, 18:38


Menurut satu laporan akhbar on-line dari India, The Telegraph, Persatuan Kriket Malaysia (MCA)telah menjadi proksi kepada Persatuan Kriket Israel (ICA) pada persidangan tahunan Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) yang diadakan disini baru-baru ini.


Akhbar yang berpusat di Calcutta itu seterusnya melaporkan ICA tidak dapat menghadiri persidangan itu dan proksi persatuan kriket negara tersebut telah diberikan kepada MCA.

Persoalannya di sini.. jika antara kerajaan tiada sebarang hubungan diplomatik bagaimana pula sebuah persatuan boleh menjalinkan hubungan?

Lihat bagaimana Utusan cuba memperbodohkan orang ramai.. dengan meletakkan kesalahan membawa masuk pemain dari Israel itu dulu kebahu Persatuan Kriket Malaysia.

Kononnya menurut Utusan, Persatuan Kriket Malaysia pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 1997 lalu dengan membawa masuk Pemain Kriket Israel.

Padahal tanpa visa yang dikeluarkan oleh Kerajaan UMNO/BN.. pemain dari Israel itu tidak mungkin boleh menjejaki Malaysia..

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

MerdekaReview: SUHAKAM: Siasatan Awam terhadap BERSIH 3.0 mulai 5 Julai

MerdekaReview
SUHAKAM: Siasatan Awam terhadap BERSIH 3.0 mulai 5 Julai
Jun 30th 2012, 12:39

Sehingga 21 Jun 2012, Suruhanjaya telah selesai menjalankan semakan ke atas penghujahan awam yang telah diterima daripada orang ramai dalam bentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video dan telah mengenal pasti saksi-saksi. Suruhanjaya sedang menunggu maklumbalas dari pihak Polis atas permohonannya, dan peringatan seterusnya telah dikemukakan berhubung tujuan untuk menemubual Personel Polis yang bertugas semasa perhimpunan awam 28 April.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Kerabu Bersuara: PRU: Mahathir nasihat Najib guna mandat penuh

Kerabu Bersuara
Pelbagai Berita Terkini Dari Segenap Dimensi
PRU: Mahathir nasihat Najib guna mandat penuh
Jun 30th 2012, 17:04

TAIPING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kebolehan serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya terhadap rakyat. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan Najib yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik. "Tetapi ada kemungkinan pula, jika kerajaan beri masa yang panjang (sebelum mengadakan pilihan raya umum), desakan dan tuntutan yang bukan-bukan terhadap kerajaan akan bertambah dan mereka akan mengugut kerajaan, jika tidak bagi ini, mereka tidak akan sokong," katanya. Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan Kali ke-51 di sini hari ini. Semalam, Najib berkata, tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya. Presiden Umno merangkap Pengerusi BN itu menegaskan, BN diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat. Sementara itu, Dr Mahathir berkata, pandangannya mengenai kemenangan calon BN ditentukan oleh pengundi Cina dibuat berdasarkan kebenaran, bukan sentimen atau faktor lain. "Dulu kita dapat sokongan daripada pengundi Cina yang menyebakan kita (BN) menang. Apabila orang Melayu berpecah dua, yang menentukan siapa menang adalah orang Cina. Apabila orang Cina berpecah dua, yang tentukan siapa menang adalah orang Melayu. "Jadi dalam bandar yang mana jumlah orang Cina ramai dan mereka berpecah dua, maka orang Melayi yang akan tentukan. Di kawasan orang Melayu ramai dan berpecah, sekarang ini berpecah tiga, jadi undi orang Cina yang tentukan siapa menang," katanya. Mengenai dakwaan bahawa BN menggunakan wang ringgit untuk mendapatkan sokongan rakyat, Dr Mahathir berkata, kos hidup rakyat semakin meningkat dan ini menjejaskan terutama kepada kehidupan golongan miskin. Bagaimanapun, katanya, bantuan wang tunai yang diberi oleh kerajaan BN bagi menyokong kehidupan rakyat untuk membeli seperti keperluan harian dan buku, sampai terus kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dan tidak sewajarnya dianggap sebagai cubaan merasuah rakyat. Menjawab soalan tentang dakwaan bantuan kerajaan menerusi pemberian wang kepada rakyat itu boleh membawa negara kepada muflis, Dr Mahathir yakin Najib mempunyai penasihat kewangan dalam menyalurkan bantuan itu. – Bernama


You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions