IKLAN BANNER RM30 SEBULAN

Sila email ke dirzoom(at)yahoo.com

Wednesday, February 8, 2012

Dua lagi kondo milik keluarga Shahrizat di Singapura RM34.6 juta


Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

(Oleh: Masdar Wahid)

PETALING JAYA 8 Feb: KEADILAN mendedahkan dua lagi pembelian unit kondominium oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura berharga RM34.6 juta.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia dibeli pada 27 Mei 2010 atas nama suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Menurutnya, kondominium berkenaan- masing-masing berharga RM17,205,209 dan RM17,357,575- dibeli di Marina Bay Suites, yang terletak berhampiran restoran mewah milik keluarga menteri berkenaan di Brawn Steakhouse.
Keluarga Shahrizat juga katanya, perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membayar balik pinjaman yang dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad.
“Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar?,” Soal Rafizi ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini..
Menurut Rafizi, kemudahan pembiayaan dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank berkenaan.
“Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan,” kata Rafizi yang turut mengakui mengupah penyiasat persendirian untuk mendapatkan maklumat itu.
Dengan pendedahan terbaru ini, katanya, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Shahrizat yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC ialah 62,160,913.

keadilandaily