IKLAN BANNER RM30 SEBULAN

Sila email ke dirzoom(at)yahoo.com

Thursday, August 2, 2012

maksiatkini: Gadis telanjang bulat ketika dicekup berzina

maksiatkini
Gadis telanjang bulat ketika dicekup berzina
Aug 2nd 2012, 15:53

Entah apalah yang difikirkan oleh pasangan berahi ini. Memilih untuk berzina sebelum bernikah di dalam bulan puasa. Moga-moga dijauhkan perbuatan ini dari berlaku ke atas diri, keluarga dan sahabat-sahabat..

Laporan Harian Metro menulis penduduk kampung yang curiga terhadap sepasang lelaki dan perempuan yang tidak membuka lampu selepas memasuki sebuah rumah kedai di Kampung Seri Kendong, dekat sini, terjawab apabila pasangan itu didapati memadu kasih dalam keadaan mengaibkan.

Difahamkan, ketika serbuan penduduk kampung, lelaki berusia 23 tahun itu hanya berseluar jean manakala pasangannya berusia 19 tahun berbogel dan kedua-dua mereka bukan penduduk kampung itu.

Kakitangan swasta, Idris Ibrahim, 38, berkata, ketika kejadian jam 12 tengah malam Sabtu lalu, dia dan tiga rakan berada di kedai minuman berhampiran kampung itu apabila ternampak pasangan terbabit sampai dengan sebuah motosikal di depan bangunan itu.

Difahamkan penduduk sering melihat lelaki berkenaan menghantar pasangannya ke rumah kedai itu.

"Kami nekad menyerbu rumah kedai itu apabila mendapati lelaki terbabit masih tidak beredar. "Lelaki itu hanya berseluar jean manakala perempuan berbogel. Apabila ditanya status hubungan, mereka mendakwa sudah bertunang dan bakal berkahwin hujung tahun ini," katanya.

HM

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment