21 August 2008

Kisah Cinta Politik

nukilan Anak Rajawali
Pada mulanya, seorang gadis (Yat) menyukai seorang jejaka (Am). Tetapi, selepas Yat memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Am, Am mengkhianati Yat dengan pelbagai cara. Menipu, menindas, duit Yat digunakan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, perasaan Yat terhadap Am mula pudar.

Yat cuba untuk menyedarkan Am, tetapi Am tidak ambil peduli dan tidak mendengar rintihan Yat. Yat pasrah. Perasaan eram dan benci terhadap Am tertanam di hati Yat. Dalam masa kepasrahan Yat itu, muncul seorang jejaka yang bernama Adil. Adil mengetahui masalah yang dihadapi Yat. Adil berazam untuk membantu dan mengambil hati Yat, Adil simpati melihat keadaan dan nasib Yat di atas kekejaman Am.
“Bagaimana Am sanggup menghianati Yat yang telah lama menyukai Am? Tiada belas kasihankah di hati Am?” Tanya hati kecil Adil.

Kerana perasaan kebencian dan geram terhadap Am, Yat menyatakan yang dia bersedia menerima Adil sebagai pengganti Am, walau pada mulanya tiada perasaan cinta Yat terhadap Adil. Namun, lama-kelamaan, setelah mengenali hati budi Adil dengan lebih dekat, didapati Adil sememangnya ikhlas dan lebih baik daripada Am. Dalam tidak sedar, Yat telah mencintai Adil, walau pada mulanya Yat membuat keputusan untuk bersama Adil hanya kerana geram dan benci kepada Am.

Kini, hati Yat telah diserahkan kepada Adil. Adil terus menyayangi Yat deengan sepenuh hati dengan menjaga hati dan kebajikan Yat sepenuhnya. Yat berasa amat selesa semenjak bersama Adil dan Yat yakin Adil akan terus menyayanginya seperti sekarang.

Nasib Am pula tidak menentu selepas kehilangan Yat. Am terus dengan perangai lamanya, bersosial, minum arak, berzina dan bermain judi. Dalam masa itu, Am cuba untuk menagih kasih dan simpati kekasih lamanya (As).As adalah seorang gadis bertudung dan kuat pegangan agamanya. As yang juga sahabat baik kepada Adil, tidak bodoh. Mustahil As ingin menerima kembali Am kerana dahulu Am telah meninggalkan As setelah mendapatkan Yat. Kini, selepas Yat pergi meninggalkan Am, barulah Am terhegeh-hegeh untuk kembali bersama As.

Kesudahannya, Yat berbahagia dengan Adil manakala tinggallah Am keseorangan, terkapai-kapai mencari rakan. Yat juga menerima baik As sebagai sahabat karib Adil.

Yat- RAKYAT
Am – UMNO
Adil – PKR
As - PAS

Universiti ini Tahan Malu (UiTM)

Nukilan Anak Rajawali

Penulis merasa hairan, bagaimana ramai penganalisis politik berpendapat bahawa saranan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid untuk UiTM membuka kuota 10% kepada bukan Melayu adalah bermotifkan politik semata-mata. Namun, penulis tidak menyalahkan sepenuhnya kepada mereka kerana mereka adalah sebahagian daripada berjuta-juta rakyat Malaysia yang menjadi produk media arus perdana yang dikawal secara dayus oleh kerajaan Barisan Nasional yang didukungi UMNO yang sememangnya sebuah parti perkauman. Mungkin sepanjang hidup mereka, hanya TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST yang menjadi sajian mereka untuk memenuhkan dan mengenyangkan minda mereka. Walaubagaimanapun, sebagai penganalisis politik, pemikiran mereka perlu lebih neutral, terbuka, rasional dan mereka harus rujuk kembali sejarah yang telah tertulis sebagai bahan rujukan sebelum membuat memberi sebarang komen. Mengapa ketika TINDAKAN (bukan sekadar cadangan) Tun Mahathir memberi peruntukan tempat sebanyak 10% kepada bukan Melayu untuk belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), tangan dan kaki mereka seolah-olah diikat dan lidah mereka pula kelu seribu bahasa?

Apa bezanya antara MRSM dan UiTM? Kedua-duanya adalah cetusan sebuah organisasi yang penubuhannya adalah untuk membantu Melayu, iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA). Mengapa kini, selepas Tan Sri Khalid memberi CADANGAN (bukannya tindakan – sekadar cadangan), pemimpin-pemimpin UMNO tiba-tiba berkokok seperti ayam jantan, tapi malangnya ayam jantan itu hanya berani berkokok di gelanggang sendiri… Jaguh kampung namanya. Tun Mahathir sendiri pernah menyatakan cadangan untuk membuka UiTM kepada bukan Melayu pada tahun 2002, tapi mengapa tiada demonstrasi pelajar-pelajar UiTM seperti baru-baru ini? Mengapa Naib Canselor, Ibrahim Abu Shah tidak mengadakan sidang media mengecam cadangan Tun Mahatir dan seterusnya mengugut Tun Mahahir untuk membawa isu ini ke mahkamah? Adakah kerana Ibrahim Abu Shah sendiri adalah bekas ahli UMNO (atau masih)?

Ikhlaskah para ‘pejuang Melayu’ ini?

UiTM kelas dunia? Tempat letak kereta tidak mencukupi, kemalangan jalan raya yang serius berlaku di dalam UiTM, peralatan pembelajaran tidak mencukupi… kelas duniakah? Ya, kelas dunia ketiga.

Fenomena ABU (Asalkan Bukan UMNO)

Nukilan Anak Rajawali

Para pemimpin UMNO mungkin tidak sedar dengan satu fenomena yang telah menular di kalangan rakyat terutamanya golongan belia. Fenomena ABU, Asalkan Bukan UMNO, Anything But UMNO atau Anti BN United. Anda boleh memanggilnya apa sahaja, tetapi fenomena ABU inilah yang menjadi virus kepada UMNO tanpa disedari atau disedari. Bagi pemimpin UMNO yang sedar akan fenomena ini, mereka mungkin buat-buat tidak nampak kerana takut fenomena ini akan terus berleluasa. Bagi mereka yang tidak sedar pula, golongan ini adalah golongan yang angkuh yang tidak tahu untuk menjenguk rakyat yang di bawah ini. Suara hati rakyat tidak didingari dan keperluan rakyat tidak dipenuhi. Nasihat penulis kepada golongan angkuh ini, kadang-kadang jenguklah rakyat di bawah ini, jangan terus jalan mendongak dan bersikap hidung tinggi.

Pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas, penulis anda semua mendengar khabar bahawa bagaimana anak muda Melayu memegang dan mengibarkan bendera DAP di Pulau Pinang selepas berita kekalahan Gerakan/BN tersebar. Dan tidak kurang juga kaum India yang mengantung dan berarak dengan bendera PAS semasa ceramah dan kempen Pakatan Rakyat di negeri Selangor Mengapa fenomena ini boleh berlaku? Jawapannya mudah, rakyat sudah terlalu geram dan benci terhadap UMNO/BN, Sudah lama mereka memendam perasaan itu dan mereka menterjemahkan peresaan mereka dengan memberi undi dan sokongan kepada parti apa sahaja melainkan parti-parti daripada BN. Sebab itulah pada 8 Mac yang lalu fenomena yang unik berlaku, Melayu/Islam mengundi DAP serta Cina dan India boleh memangkah PAS.

Siapa sangka fenomena ini boleh berlaku? Ketika ceramah Pakatan Rakyat di Seksyen 7 Shah Alam pada tempoh berkempen PRU 12 tempoh hari, Pesuruhajya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali ada menyebut, “Dengan berbekalkan 70% undi Melayu, dan lebih 50% undi Cina dan India, Insya-Allah kerajaan gabungan PKR-PAS-DAP akan tertubuh pada 9 Mac. Pada ketika itu, penulis sendiri ragu-ragu dengan perkiraan Datuk Hassan Ali, tetapi pada malam pengiraan undi, ternyata congakan beliau tepat.

Penulis hanya mengikuti keputusan PRU12 di rumah, dengan berbekal sebuah pen untuk mencatat keputusan yang diumumkan. Pada awalnya, banyak keputusan yang masuk adalah dari kawasan di Sabah dan Sarawak yang banyak memihak kepada BN. Tetapi selepas beberapa keputusan dari ‘kerusi panas’ diumumkan, iaitu Parlimen Lembah Pantai dan Sungai Siput, penulis dapat merasakan sesuatu yang lain dari yang lain sedang berlaku… Penulis merasai angin badai yang menghempas diri, dan lama kelamaan angin badai bertukar menjadi ribut, lalu mencetuskan tsunami!!!

Bagaimana seorang ibu muda, Nurul Izzah, puteri Reformasi yang juga puteri DSAI berjaya mengalahkan Datuk Shahrizat, orang nombor 2 Wanita UMNO dengan majority yang boleh dibanggakan. Nurul Izzah tidak mempunyai pengalaman apa-apa mengenai politik, hanya menjadi teman dan puteri Reformasi kepada DSAI. Datuk Shahrizat pula adalah penyandang kerusi Lembah Pantai dan telah lama melibatkan diri dalam politik. Dan siapa pemenangnya? Siapa yang pengundi pilih? Kalau mengikut di atas kertas, Datuk Shahrizat berpeluang untuk mengekalkan kerusi tersebut, namun mengapa beliau kalah? Ya, salah satu sebabnya ialah fenomena ABU. Fenomena ABU telah membuatkan rakyat menolak beliau dan memberi undi kepada Nurul Izzah dari PKR. Dan penulis pasti, selepas itu para pengundi Lembah Pantai akan terus ‘jatuh cinta’ terhadap Nurul Izzah dan PKR.

Vote for Democracy. It’s our right.

Democracy? Don’t we already have that in Malaysia?

No, unfortunately we don’t. Only in name but not in substance. Yes, every 4 or 5 years we are allowed our rights to vote but in reality what choices are available to us?

We can only choose from the BN or from a hodge-podge of parties that oppose the BN, each with their own ideology and agenda, until now that it is.

For the 1st time in Malaysian politics, these parties that oppose the BN have come together as a coalition called the Pakatan Rakyat (PR) and are ruling 5 states. Even though the PR is in its infancy, and there are many ideological issues yet to be worked out, nevertheless they offer the rakyat an alternative to the BN.

Look what the BN has morphed itself into when the rakyat did not have a viable alternative to cast a dissenting vote. The very essence of democracy has been destroyed by the BN in that there is no longer the separation of powers of the executive, legislative and the judiciary.

Today, after years of uninterrupted BN rule, the borders between these 3 pillars of democracy is indeed very blur!

Luckily for Malaysia, there is still hope yet.

On 8 March, many disgruntled and angry Malaysians from all ethnicity had the courage to say “Enough is Enough” to the BN. They took away the BN’s ability to amend the Federal Constitution at will by denying the BN its 2/3 majority in parliament and put others, not of the BN in power in 5 states.

How the PR will manage is yet to be seen given the short time they’ve had so far and also to contend with sabotage and lack of cooperation from the BN federal government.

But what must surely be good for the country and rakyat is we are finally seeing the emergence of a 2-party system. A 2-party system which will empower the rakyat’s democratic rights of “Power of the people, by the people, for the people”

A 2-party system that will make voting no longer an exercise in faith. Faith in the ‘opposition’ to provide a credible alternative government. Faith in the incumbent BN to hopefully remember the rakyat and give us our just dues.

A 2-party system will allow the rakyat to vote in the future with ‘intelligence’ and 1st-hand experience of who is serving us better. Thats right, a government’s job is to serve the people and not the other way round, as some of the elitist BN leaders would have you believe.

At the moment, the PR is fragile to say the least but they must be allowed the opportunity to stay together long enough for a 2-party system to take root and flourish in Malaysia.

Anwar Ibrahim represents the ‘glue’ that is holding the PR together, that is why the BN’s unrelenting ‘assaults’ on him to finish him off politically. For they realize that without Anwar Ibrahim, the PR will most likely fall apart and the BN will go back to its merry old ways of unchallenged power to do as it likes.

Whether you love Anwar Ibrahim or loath him is not important. But if you love democracy, then a vote for Anwar Ibrahim is a vote for democracy.

The 57,969 registered voters of Permatang Pauh are given this opportunity to decide the future course of democracy in Malaysia. For the sake of the country and the future of all Malaysians, I hope they will choose wisely.

-romerz-

08 August 2008

Jawapan kepada pemimpin UMNO yang berkokok.

Selepas Datuk Seri Wan Azizah mengumumkan beliau akan mengosongkan kerusi P44 Permatang Pauh, tidak lama selepas itu pemimpin UMNO yang berlagak 'hero' mula berkokok...

Ada yang mempersoalkan tindakan Datuk Seri Wan Azizah kerana mengkhianati pengundi Permatang Pauh. Sekarang aku nak jawab... Semasa Datuk Seri Wan Azizah berkempen dan memberi ceramah pada pilihanraya umum 8 mac lalu, Datuk Seri Wan Azizah dah memaklumkan kepada para pengundi dan penyokongnya, bahawa beliau akan mengkosongkan kerusi Permatang Pauh selepas pilihanraya umum untuk memberi laluan kepada DSAI mengetuk pintu Parlimen. Dan,para pengundi masih mengundi dan memberi kemenangan kepada Datuk Seri Wan Azizah.
So,soal Datuk Seri Wan Azizah khianati pengundi tidak timbul. Tidak relevan.

Yang kedua(part ni yang aku suka) ialah mengenai Hisamuddin. Seorang tentera UMNO yang pernah mencium dan menjulang keris ni mempersoalkan kenapa DSAI memilih Permatang Pauh,tempat DSAI sendiri? Adakah kerana DSAI takut? Kenapa DSAI tak pilih tempat lain?
Isunya di sini, aku nak tanya Hisamuddin ni dulu, kalau lah Hisamuddin ni berada kat tempat DSAI skrg, berani ke Hisamuddin buat keputusan bertanding di negeri Kelantan???
Confirm punya tak berani, so jangan lah berlagak..soalnya sekarang, DSAI bersikap realistik untuk mencapai kemenangannya..itu sahaja..
Kalau ada sesiapa ahli UMNO yang mengatakan DSAI hanya berani bertanding di kawasan tradisinya (kerana bapa DSAI pernah bertanding di situ), aku nak tanya kawasan Najib kat mana? Pekan di Pahang bukan..? Sebelum Najib,siapa Ahli Parlimen di Pekan? Bukannya Tun Razak ke? Tun Razak tu siapa? Bukan bapak si Najib ke? Masa tu Najib bari berumur 22 tahun,masih berhingus lagi dlm politik ni,tak reti apa2,terus bertanding di Pekan. Apa kes?

Yang ketiga, Ezam cakap nak lawan DSAI di Permatang Pauh. Sedarlah wahai saudara Ezam, UMNO Bahagaian Permatang Pauh pun tak terima kau tu jadi calon, kau sendiri yang terhegeh-hegeh nak bertanding...tak tahu malu ke?kalau boleh menang takpelah jugak..
kalau kau jadi calon,lagi senang nak kalahkan kau la..jangan bongkak Ezam..jangan angkuh wahai ahli UMNO..ukurlah baju di badan sendiri...

18 July 2008

Bukti 'Kebijaksanaan' Perdana Menteri

Sejak kebelakangan ini, banyak tindak-tanduk Pak Lah yang kita boleh persoalkan. Tolak tepi mengenai keputusannya yang telah menaikkan harga petrol dan minyak baru-baru ini, saya sudah malas dan kehilangan kata-kata untuk memberi ulasan mengenai isu itu, anda semua sebagai rakyat pasti sudah terlebih faham mengenai isu minyak.
Rebat yang diberikan sama-sekali tidak mencukupi untuk menampung kos kenaikan harga minyak. Itu kesimpulannya. Kemudian, Pak Lah yang seolah-olah ambil berat benar dengan beban rakyat ini. Rakyat yang dahulu mungkin makan bersulamkan dengan air sirap,terpaksa menukar dengan makan bersulamkan dengan air suam sahaja, yang makan berlaukkan ayam goreng,kini hanya menjamah nasi berserta ikan masin, atau yang makan 3 kali sehari terpaksa makan hanya 2 kali sehari. Mustahilkah kemungkinan-kemungkinan yang saya berikan ini? Mustahilkah untuk perkara ini berlaku di Malaysia?
Saya pasti anda sendiri mempunyai jawapannya. Dengan keadaan rakyat yang sebegini, Pak Lah tiba-tiba membuat cadangan yang sangat 'bernas' lagi 'mujarab' iaitu mencadangkan GAJI DIBAYAR 2 KALI SEBULAN. Tepuk dahi saya dibuatnya. Gaji 2 kali sebulan ini bukan penyelesaiannya. Tetapi gaji yang tidak mampu untuk menampung kenaikan kos sara hidup adalah isu yang sebenarnya. Apa nak jadi ni? Seorang manusia, yang berjawatan Perdana Menteri sebuah negara yang rakyatnya berjumlah 29 juta ini, hanya boleh memberi idea yang seumpama itu dan ke tahap itu sahaja ke???
Tak kisah la gaji dibayar 3 kali, 10 kali ataupun tiap-tiap hari sebulan pun, gaji kita tetap statik juga. Kalau gaji RM 1500 (sebagai contoh), bayarlah berpuluh kali pun, RM 1500 jugaklah gaji kita. Di manakah rasionalnya keputusan ini? Sebab itu CUEPACS awal-awal lagi membantah cadangan ini, dan seterusnya dibatalkan perlaksanaannya. Kenapa? Sebab memang tidak praktikal. Sistem pembayaran gaji 2 bulan sekali ini hanya praktikal terhadap mereka yang berpendapatan RM 4000 ke atas sebulan. Kalau mereka yang hanya bergaji dalam lingkungan RM 1500 sebulan, bagaimana?
Sekali pergi ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur dan keperluan rumah sudah pasti lebih kurang RM 300. Oleh itu, bagi rakyat yang bergaji kecil,amat tidak sesuai jika sistem ini dilaksanakan. Fikirlah sesuatu yang lebih besar, berfikir jauhlah, thinking outside the box bak kata orang putih. Berilah penyelesaian yang professional dan rasional. Ini tidak, apa yang dicadangan?GAJI DIBAYAR 2 KALI SEBULAN!!! Saksikanlah betapa bijaknya pemimpin BN/UMNO ini...

15 July 2008

Mengapa wujudnya fenomena ABU?

Salam..
di sini saya ingin menerangkan mengapa wujudnya fenomena Asalkan Bukan UMNO (ABU) ini.
Fenomena ABU tercetus akibat daripada kemarahan rakyat khususnya golongan muda. Pemikiran golongan muda ini sudah tentu berbeza dengan cara pemikiran golongan veteran dan mempunyai pendekatan,pendirian dan pemahaman politik yang berlainan. Kami golongan muda ini geram terhadap pemerintahan BN/UMNO dan TIDAK BODOH. Tidak mudah untuk diperkotak-katikkan.

Contoh terbaik yang telah membangkitkan kemarahan golongan muda ialah kerana kami sentiasa berasa tertipu dengan tindak-tanduk kerajaan BN/UMNO. Contoh yang jelas, tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM), terutamanya pada zaman Zainuddin Maidin memblack outkan segala berita dari negeri Kelantan yang telah diperintah oleh PAS di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Berita yang tersiar hanyalah berita-berita negatif daripada negeri Kelantan, contohnya rakyat Kelantan dibekalkan dengan bekalan air yang kotor, kemiskinan dan sebagainya.

TOLONGLAH..kami tidak bodoh..
Persoalannya,takkan lah dalam sepanjang pemerintahan seorang alim ulama selama 18 tahun, langsung tiada perkara baik dan positif yang berlaku di Kelantan???

Ini adalah contoh yang paling mudah saya boleh berikan..jadi jangan salahkan golongan muda dan jangan bertanya lagi kenapa fenomena ABU ini terus menular..
Kami hanya sistem demokrasi dipulihkan, pemerintahan dijalankan secara ADIL..itu sahaja..
kebebasan media, hak asasi rakyat dikembalikan..salahkah kami menuntut perkara-perkara ini?
Oleh sebab ketidakadilan kerajaan BN/UMNO inilah punca rakyat menyampah dengan kerajaan..rakyat tidak bodoh. Janganlah cuba menipu kami lagi.